Jumaat, 18 April 2014 | 8:30 PG | 0 Atasinchi
Hari ni aku tak tau kenapa aku rajin sangat nak singgah kat sini . Bila terbaca nama Ahmad Ammar terus tergerak hati nak share something dengan korang .
Mulanya aku tak rancang pun nak beli buku ni tapi segala perincian hidup kita telah Allah tetapkan . Pergi kedai Happy Bee kat pintu masuk terus nampak buku Ahmad Ammar tapi aku buat taktau jeak sebab time tu aku nak cepat lagipun aku tak nampak sangat tulisan dia . Aku terus grab pensil 4B 6B 8B terus pi kaunter kononya nak bayar . Lepas tu tengok ibu pegang buku yang aku nampak tadi.
"Adik , ni buku Ahmad Ammar kan yang mati syahid tu"
Aku tercengang kejap depan kaunter . Ya Allah buku tu tadi aku dah nampak kenapalah aku buat don'tknow jea padahal buku tulah yang aku cari selama ni . Terus pergi dekat ibu..
"Haah . Tapi adik taktau sangat cerita dia "
"Dah pergi bayar"
Ibu terus kasi duit 50 dengan 10 dengan buku sekali . Dalam hati 'Wahhh ibu beli !" Then bayar lah apa lagi .
Bila sampai rumah terus buka google search pasal cerita Ahmad Ammar kenapa digelar mati syahid . Rupanya arwah banyak join misi kemanusiaan . Arwah banyak tolong orang sampai pihak Turki iktiraf arwah . Yang paling sedih arwah meninggal sebab accident kena langgar dengan ambulance dekat area rumah arwah jugak . Yang sedihnya tempat tu tempat arwah dengan kawan kawan tunggu bas . Dan yang paling aku kagum dengan arwah ni masa lepas dikapankan dahi dengan bawah mata berpeluh . Yang aku tahu selama ni , kalau orang mati syahid semsa berperang darah yang mengalir tu akan jadi saksi kat akhirat nanti . Tapi yang arwah ni yang aku taulah.. peluh dia akan jadi saksi bila kat akhirat nanti . Wallahualam .
Lepas tu aku tengok video perjalanan hidup arwah . Ya Allah, aku berani sumpah kalau korang tengok video tu korang akan nangis. Sebab ending dia sangat sedih . Masa orang ramai nak hantar arwah pergi masjid untuk disembahyangkan ramai sangat orang sebab masa tu solat zohor . Lepas disembahyangkan orang ramai berpusu pusu nak sambut keranda arwah . Ya Allah sedih sangat . Tiba tiba aku terfikir 'kalau aku meninggal nanti orang buat macam tu tak kat aku' . Masa dikebumikan ada kawan arwah bacakan AlFatihah. Subhanallah suara dia tersangat merdu . Ikhlas aku cakap suara tu suara paling merdu aku pernah dengar . Kawan arwah menangis kehilangan arwah .
Mesej terakhir arwah dengan kakaknya
Dengan pemergian arwah Ahmad Ammar ni buat aku terus bangkit dari kejahilan yang aku pernah buat . Mungkin aku tak boleh jadi macam arwah tapi aku berusaha untuk jadi macam arwah . Kesimpulan yang aku boleh buat ialah Ahmad Ammar ni lebih pentingkan agamanya lebih dari dirinya sendiri . Fikir sekejap ke mana hala tuju kita pada masa hadapan kelak..













SuperGirl !

